Latest Entries »

Wednesday, December 22, 2010

Night Scenery & Starry Sky Photography 21.12.2010

 Gambar Sebelum bulan muncul dengan terang pada malam ini





 Gambar jelas kelihatan jika shutter speed kamera dipanjangkan sehingga 30-60saat

Sunday, December 19, 2010

Fotografi bulan pada 12 - 15 Muharram 1432 hijrah

 Klik Pada Imej untuk full size...korang boleh la save untuk buat wallpaper di PC anda sebab ada diantaranya high resolution...:)

 Bulan masih belum penuh ini malam 12,tapi alang-alang hujan berhenti kejap terus ambik kamera dan ambik kesempatan nie...


Satellite boleh kelihatan sebab dia lebih dekat dari bintang..memang la. Tapi malam ni masih ada awan cirrostratus jadi sume yang ada kat atas blur..
 Gambar sebelum pukul 8 malam
Bila malam awan sudah datang bulan pun nampak sikit jer..



Disebabkan awan altocumulus muncul...dengan cahaya bulan yang samar-samar saya gunakan shutter speed yang panjan iaitu 60 saat untuk dapat cahaya yang terang dan pergerakan awan boleh kelihatan juga..

Saturday, December 11, 2010

Keindahan Matahari Terbenam Di Kg.Bechah Tanjong Mas





 Kejadian Seperti ini sering berlaku apabila awan kumulunimbus yang menurunkan hujan akan meninggalkan bahagian awan yang kering dan sejuk iaitu awan anvil..Awan ini yang memantulkan cahaya matahari sewaktu terbenam dan terbit matahari jika awan anvil ini tidak terlalu besar serta tidak melindungi matahari...
 Warna Kemerahan dan Keemasan yang dipancarkan olehnya menghasilkan gabungan warna yang cantik dan kaedah mengambil gambar ini juga memerlukan 'shutter speed yang lebih rendah iaitu pada 1/4sec - 1/30sec dengan kadar sensitiviti pada ISO-100 hingga 200 sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada warna imej ini..

Juga berhati-hatilah jika shutter speed perlahan pastikan tangan tidak bergoyang jika tidak ini lah hasilnya berbayang gambar nie...hu3
(Lightningboy92™ Photography 2010)

Kota Bharu Weather Photography - 10.12.2010 Supercell

 Awan ini terbentuk pada pukul 3ptg lagi.disebabkan terdapat kelompok awan yang dipengaruhi oleh tekanan udara yang rendah di Laut China Selatan menarik awan ini datang dari arah barat laut dan menuju ke kawasan laut..Ia juga membawa angin kencang dan hujan lebat pada tapak awan tersebut..Ianya hanya berlaku seketika dan kemudian ia bergerak ke laut lepas.
 Keadaan Awan yang sudah melepasi kawasan daratan..

Petir juga turut memanah beberapa kawasan berhampiran di daerah Kota Bharu..Gambar ini sempat dirakamkan di atas jejantas sekolah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.
 

accutane lawsuit