Latest Entries »

Saturday, November 27, 2010

Angin Kencang dan Hujan Lebat Luar Biasa DiKota Bharu 27.November.2010

Keadaan Awan yang amat gelap ketika awan ini melakukan pendaratan..

 Gambar dari satelit floater NOAA yang menunjukan kepulan awan besar yang berpotensi menjadi ribut serta membawa hujan lebat..
Keadaan air sungai Baung yag melimpah selepas hujan yang sangat lebat luar biasa beserta panahan kilat dan angin yang amat kuat pada awal pagi 28 November 2010..
Imej panah kilat yang jarang berlaku disini keran ia hanya membuat panahan disekitar kawasan yang hampir sama.In adalah diantara Gambar yang berjaya ditangkap pada malam tersebut.

Keadaan angin pada awal pagi tersebut agak kuat mencapai sehingga 80kmsj pada deruan anginnya.
Imej satelit AVN dari Noaa menunjukkan keadaan awan bergerak kearah barat laut dan melandai Kedah dan Selatan Thai.

Thursday, November 25, 2010

Kota Bharu Weather Photography - 21.11.2010 Thunderstorm with Nacreous Cloud

 Nacreous Clouds..Kedudukan yang tertinggi daripada semua awan.ketinggian mencapai sehingga 25km dan sering kelihatan di puncak awan kumulunimbus dinegara kite.
 Ia berlaku apabila sebaran awan pileus dan kemudian di suluh pula cahaya matahari petang menyebabkan sebaran cahaya warna warni terhasil..

Kota Bharu Weather Photography - 20.11.2010 Thunderstorm


Terbentuk secara perlahan dan lemah diwaktu petang dan dikawasan hujan turun disuluh pula dengan cahaya matahari yang sedang terbenam menimbulkan warna kemerahan.

Friday, November 19, 2010

Kota Bharu Weather Photography - 19.11.2010 Thunderstorm

Keadaan Cuaca yang panas dan kelembapan udara yang tinggi sesuai untuk pembentukan awan ribut petir.
Gambar ini diambil pada pukul 3.00ptg
 Keadaan kelembapan udara yang tinggi dibahagian tenggara menybabkan terbentuk awan yang besar disitu dan bergerak perlahan kearah barat daya.
 Awan ini terbentuk dari jenis 'cumulunimbus calvus
'Cumulunimbus Capillatus'
Cumulunimbus incus
 Cumulunimbus with pileus

near the base

Monday, November 15, 2010

Kota Bharu Weather Photography - 15.11.2010 Mammatus Clouds


Awan mammatus atau mammatu cumulus.
Terbentuk kebanyakannya pada waktu lewat petang.
Ia terbentuk daripada hasil pembentukan awan ribut petir atau cumulunimbus(Cb).Setelah ia lemah atau pun kawasan yang dinamakan awan Anvil ini terbentuk oleh aliran udara panas dari bahagian "base" awan ini.Awan mammatus sering kelihatan selepas kejadian ribut petir tetapi pada lewat petang sahaja..Ia juga jarang dikenali oleh orang2 kite..Berbentuk macam belon udara yang besar nampak lembut dan suhunya amat sejuk kebiasaannya berada bawah paras -40 celcius...

Kota Bharu Weather Photography - 14.11.2010 cumulunimbus capillatus


Cumulunimbus Capillatus..Banyak terbentuk pada sebelah pagi setiap kali musim perubahan ke monsun timur laut dan juga monsun barat daya.Gambar ini diambil di ILPKB,pengkalan chepa kelantan.

Didalam gambar ini ia terbentuk dari permukaan laut yang panas dan aliran udara sejuk dari darat menyebabkan tapak awan ini tidak dapat kedarat.Oleh sebab itu awan ini menyebarkan awan yang tinggi seprti awan sirus yang tersebar luas kedaratan selepas awan 'anvil' menurunkan hujan.Adakalanya hujan itu tidak sampai kedarat ia dipanggil 'Virga'

Thursday, November 4, 2010

Sabak dan Kuala Pak Amat semakin musnah dibadai angin monsun timir laut gelombang pertama.


Keadaan angin yang kencang dan paras laut yang tinggi menyababkan berlaku limpahan air walaupun air surut.

Rumah ini sering ditengelami air pada setiap musim tengkujuh.gambar semasa air surut.

Keadaan kuala Pak Amat yang hanya berbentengkan pasir yang mudah dihakis ombak

Ini bukan rupa pantai yang sebenar kerana telah hancur semuanya.


Pondok ini berada amat jauh dari pantai asalnya dan masih boleh nak duduk dekat situ pada tahun lepas.Namun pada tahun ini pondok yang mula mula sekali itu telah pun masuk kedalam laut.

Wednesday, November 3, 2010

Ribut Tropika Melanda Kota Bharu 31.10.2010 - 01.11.2010(tropical depression)


Imej Satelit yang menunjukkan,ribut tropika yang lemah atau lekukan tropika yang terbentuk dipinggiran pantai diKelantan.Kemudian ribut ini membuat daratan diKota Bharu kira-kira pada jam 6.30pagi hingga 8.30pagi.pada waktu itu hujan turun selebat lebatnya sehingga pemanduan menjadi sukar dan jalan dipenuhi air.

Angin Yang datang dari arah barat laut amat kencang semasa dipermulaan pusat ribut ini.Angin mencapai kelajuan sehingga 60kms.Dan Kemudiannya angin datang dari arah barat daya pula dengan kencang.Ini berlaku kerana kita berada disebelah berlawanan pusingan ribut ini.Ribut ini terbentuk pada 30.10.2010 dan bergerak dengan perlahan menuju ke Kota Bharu dan kemudian kearah selatan Thai pula.Oleh kerana suhu laut yang panas ia boleh terbentuk namun ia tidak menjadi taufan kerana keadaan suhu laut tidak berada pada suhu optimum iaitu 26.5'C.

Lihat Video ini didalam Lightningboy92 channels.
 

accutane lawsuit