Latest Entries »

Wednesday, December 22, 2010

Night Scenery & Starry Sky Photography 21.12.2010

 Gambar Sebelum bulan muncul dengan terang pada malam ini





 Gambar jelas kelihatan jika shutter speed kamera dipanjangkan sehingga 30-60saat

Sunday, December 19, 2010

Fotografi bulan pada 12 - 15 Muharram 1432 hijrah

 Klik Pada Imej untuk full size...korang boleh la save untuk buat wallpaper di PC anda sebab ada diantaranya high resolution...:)

 Bulan masih belum penuh ini malam 12,tapi alang-alang hujan berhenti kejap terus ambik kamera dan ambik kesempatan nie...


Satellite boleh kelihatan sebab dia lebih dekat dari bintang..memang la. Tapi malam ni masih ada awan cirrostratus jadi sume yang ada kat atas blur..
 Gambar sebelum pukul 8 malam
Bila malam awan sudah datang bulan pun nampak sikit jer..



Disebabkan awan altocumulus muncul...dengan cahaya bulan yang samar-samar saya gunakan shutter speed yang panjan iaitu 60 saat untuk dapat cahaya yang terang dan pergerakan awan boleh kelihatan juga..

Saturday, December 11, 2010

Keindahan Matahari Terbenam Di Kg.Bechah Tanjong Mas





 Kejadian Seperti ini sering berlaku apabila awan kumulunimbus yang menurunkan hujan akan meninggalkan bahagian awan yang kering dan sejuk iaitu awan anvil..Awan ini yang memantulkan cahaya matahari sewaktu terbenam dan terbit matahari jika awan anvil ini tidak terlalu besar serta tidak melindungi matahari...
 Warna Kemerahan dan Keemasan yang dipancarkan olehnya menghasilkan gabungan warna yang cantik dan kaedah mengambil gambar ini juga memerlukan 'shutter speed yang lebih rendah iaitu pada 1/4sec - 1/30sec dengan kadar sensitiviti pada ISO-100 hingga 200 sahaja bagi mengelakkan kerosakan pada warna imej ini..

Juga berhati-hatilah jika shutter speed perlahan pastikan tangan tidak bergoyang jika tidak ini lah hasilnya berbayang gambar nie...hu3
(Lightningboy92™ Photography 2010)

Kota Bharu Weather Photography - 10.12.2010 Supercell

 Awan ini terbentuk pada pukul 3ptg lagi.disebabkan terdapat kelompok awan yang dipengaruhi oleh tekanan udara yang rendah di Laut China Selatan menarik awan ini datang dari arah barat laut dan menuju ke kawasan laut..Ia juga membawa angin kencang dan hujan lebat pada tapak awan tersebut..Ianya hanya berlaku seketika dan kemudian ia bergerak ke laut lepas.
 Keadaan Awan yang sudah melepasi kawasan daratan..

Petir juga turut memanah beberapa kawasan berhampiran di daerah Kota Bharu..Gambar ini sempat dirakamkan di atas jejantas sekolah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

Saturday, November 27, 2010

Angin Kencang dan Hujan Lebat Luar Biasa DiKota Bharu 27.November.2010

Keadaan Awan yang amat gelap ketika awan ini melakukan pendaratan..

 Gambar dari satelit floater NOAA yang menunjukan kepulan awan besar yang berpotensi menjadi ribut serta membawa hujan lebat..
Keadaan air sungai Baung yag melimpah selepas hujan yang sangat lebat luar biasa beserta panahan kilat dan angin yang amat kuat pada awal pagi 28 November 2010..
Imej panah kilat yang jarang berlaku disini keran ia hanya membuat panahan disekitar kawasan yang hampir sama.In adalah diantara Gambar yang berjaya ditangkap pada malam tersebut.

Keadaan angin pada awal pagi tersebut agak kuat mencapai sehingga 80kmsj pada deruan anginnya.
Imej satelit AVN dari Noaa menunjukkan keadaan awan bergerak kearah barat laut dan melandai Kedah dan Selatan Thai.

Thursday, November 25, 2010

Kota Bharu Weather Photography - 21.11.2010 Thunderstorm with Nacreous Cloud

 Nacreous Clouds..Kedudukan yang tertinggi daripada semua awan.ketinggian mencapai sehingga 25km dan sering kelihatan di puncak awan kumulunimbus dinegara kite.
 Ia berlaku apabila sebaran awan pileus dan kemudian di suluh pula cahaya matahari petang menyebabkan sebaran cahaya warna warni terhasil..

Kota Bharu Weather Photography - 20.11.2010 Thunderstorm


Terbentuk secara perlahan dan lemah diwaktu petang dan dikawasan hujan turun disuluh pula dengan cahaya matahari yang sedang terbenam menimbulkan warna kemerahan.

Friday, November 19, 2010

Kota Bharu Weather Photography - 19.11.2010 Thunderstorm

Keadaan Cuaca yang panas dan kelembapan udara yang tinggi sesuai untuk pembentukan awan ribut petir.
Gambar ini diambil pada pukul 3.00ptg
 Keadaan kelembapan udara yang tinggi dibahagian tenggara menybabkan terbentuk awan yang besar disitu dan bergerak perlahan kearah barat daya.
 Awan ini terbentuk dari jenis 'cumulunimbus calvus
'Cumulunimbus Capillatus'
Cumulunimbus incus
 Cumulunimbus with pileus

near the base
 

accutane lawsuit